ANGGOTA bomba menyelamatkan seekor lembu yang hampir lemas dalam kejadian di Jalan Simpang Empat, Permatang Buloh, Kepala Batas. FOTO IHSAN JBPM
ANGGOTA bomba menyelamatkan seekor lembu yang hampir lemas dalam kejadian di Jalan Simpang Empat, Permatang Buloh, Kepala Batas. FOTO IHSAN JBPM
Nur Izzati Mohamad


Kepala Batas: Seekor lembu yang hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam empat meter diselamatkan anggota bomba di Jalan Simpang Empat, Permatang Buloh, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.38 petang berhubung insiden itu.

"Ketika tiba di lokasi didapati terdapat seekor lembu yang hampir lemas dalam longkang yang dipenuhi air.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas berjaya menaikkan lembu terbabit dalam keadaan masih hidup dan diserahkan kepada pemiliknya," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, insiden terbabit berlaku ketika hujan lebat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 8:09 PM