Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan lapan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti, hari ini.

Menurutnya, lapan kluster itu ialah Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok, Kluster Sembulan, Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Meldrum.

Memperincikannya, Noor Hisham berkata, Kluster Rumah Merah membabitkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah.

"Kes indeks dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 56 lagi kes positif. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 129 individu disaring, 57 positif dan 72 negatif.

"Kluster Telipok, dilaporkan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Sebanyak 10 kes bagi kluster ini dikenal pasti dan 112 individu disaring di mana 10 positif, 102 pula negatif," katanya.

Katanya, bagi Kluster Sembulan yang dikesan juga di Kota Kinabalu, Sabah kes indeks dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

"Saringan kontak rapat mengesan 11 lagi kes dan seramai 99 individu telah disaring. 12 daripadanya didapati positif manakala 87 negatif.

"Bagi Merpati, ia dilapor di daerah Sepang, Gombak dan Kuala Langat di Selangor. Sebanyak 45 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober. Seramai 116 individu disaring, 45 positif dan 71 negatif," katanya.

Noor Hisham berkata, bagi Kluster Astaka, di daerah Petaling, Hulu Langar dan Kuala Selangor di Selangor pula seramai 114 individu disaring, 32 positif dan 82 negatif.

"Kluster Titian di Labuan pula, 464 individu disaring, 11 positif, 413 masih menunggu keputusan. Kluster Gala yang dilaporkan di Seremban dan Jelebu Negeri sembilan membabitkan saringan dilakukan terhadap h 139 individu, lapan positif (2 kes baharu) dan 33 masih menunggu keputusan.

"Kluster Meldrum yang dikesan di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak di Johor pula membabitkan saringan terhadap 219 individu, enam positif (5 kes baharu), 138 negatif dan 75 masih menunggu keputusan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 6:40 PM