GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Seorang penternak kupang dikhuatiri lemas di Kelong Kupang Sungai Tiga, Sungai Pulai, di sini, semalam.

Mangsa, Jam Md Ross, 43, dikatakan terjun ke laut untuk menyelamatkan sampannya yang terlepas tali tambatan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.45 petang, semalam.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan menggunakan aset APMM membabitkan lokasi pencarian kira-kira 25 batu nautika persegi.

"Operasi turut dibantu bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Hebahan turut dilakukan kepada komuniti nelayan untuk turut serta melakukan pencarian," katanya dalam kenyataan, hari ini. '

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 03-31769100 / 0627.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 9:21 AM