Murnaena Muhammad Nasir


Petaling Jaya: Sempena Hari Kopi Antarabangsa yang disambut 1 Oktober setiap tahun, rangkaian restoran McDonald's Malaysia menawarkan 100,000 McCafé Iced Latte percuma sepanjang bulan ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya Melati Abdul Hai berkata, pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa itu menerusi pembelian melalui perkhidmatan penghantaran McDelivery.

"Setiap satu transaksi pembelian menerusi aplikasi atau laman web McDelivery, pelanggan berpeluang menerima satu McCafé Iced Latte secara percuma.

"Pelanggan hanya perlu memasukkan kod promo MCCAFEFREE pada setiap pesanan menerusi McDelivey untuk menikmati tawaran ini," katanya ketika ditemui pada penyerahan McCafé Iced Latte kepada petugas media bagi meraikan Hari Kopi Antarabangsa McDonald's Malaysia di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, hari ini.

Melati berkata, sepanjang tempoh sebulan promosi ini, McCafé di 297 cawangan turut memperkenalkan beberapa tawaran istimewa kepada penggemarnya.

"Antaranya Americano percuma ketika waktu sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan penebusan Iced Latte saiz sederhana hanya RM1.99 melalui aplikasi McDonald's.

KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh (dua dari kanan) serta Melati  (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Omnia, Michael Chan (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Kreatif Omnia, Nini Yusof (kiri) pada majlis sambutan Hari Kopi Sedunia McCafe di Sri Pentas. FOTO GENESV GULITAH
KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh (dua dari kanan) serta Melati (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Omnia, Michael Chan (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Kreatif Omnia, Nini Yusof (kiri) pada majlis sambutan Hari Kopi Sedunia McCafe di Sri Pentas. FOTO GENESV GULITAH

"Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran," katanya.

Menurutnya, menyedari peningkatan penggemar minuman McCafé, rangkaiannya akan terus komited menyediakan kopi berkualiti premium dengan harga berpatutan.

Maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.mcdonalds.com.my/promotion.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 5:12 PM