MOHAMAD Sabu. FOTO arkib NSTP
MOHAMAD Sabu. FOTO arkib NSTP
Sophia Ahmad


Kuala Lumpur: Kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) termasuk 11 Ahli Parlimennya menyokong penuh niat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu selepas mendakwa memiliki majoriti kukuh.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti berkenaan turut memberi sepenuh kepercayaan terhadap Anwar.

"Kami mengambil maklum pengumuman dibuat Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

"Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti Amanah mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau dan memberi sepenuh kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya.

Berita berkaitan:

  • Saya masih Perdana Menteri: Muhyiddin
  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar bersandiwara untuk meraih sokongan rakyat Sabah: Rosol
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 2:11 PM