PERKONGSIAN Veveonah di Instagram miliknya.
PERKONGSIAN Veveonah di Instagram miliknya.
Saadiah Ismail


Kuala Lumpur: Pelajar yang tular berikutan memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, Veveonah Mosibin berbesar hati kerana dijemput makan malam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Veveonah dalam hantarannya di laman sosial berkata, beliau menganggap ia satu penghargaan daripada Muhyiddin kerana menjemputnya dan keluarga untuk bertemu bersama-sama.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang sangat rendah diri dan mengagumkan.

Veveonah baru-baru ini juga tular berikutan jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai beliau yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet hingga mencetuskan polemik.

Muhyiddin berada di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah kali ke-16 yang menyaksikan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 7:25 PM