KHAIRUDDIN Aman Razali. FOTO Arkib NSTP
KHAIRUDDIN Aman Razali. FOTO Arkib NSTP
Baharom Bakar


"TUNGGU kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Dia yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengesahkan akan akur dengan panduan dan peraturan serta arahan ditetapkan KKM.

"Tunggu sahaja kenyataan termasuk keputusan rasmi ujian Covid-19 KKM.

"Sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawab, saya akan akur dengan apa jua kenyataan dikeluarkan KKM," katanya ketika ditemui selepas dianugerahkan Pangkat Pesuruhjaya Kehormat (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab.

Dr Khairuddin berkata demikian ketika mengulas isu ketidakpatuhan kuarantin selepas balik dari luar negara yang menjadi isu panas dan perdebatan warganet di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2020 @ 8:16 AM