ANTARA Adun yang hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah.
ANTARA Adun yang hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah.
BERNAMA

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan pada 21 Ogos sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai, boleh diadili.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar penjelasan lebih empat jam menerusi hujahan peguam mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri, pemohon serta Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan tiga yang lain, selaku responden.

Beliau turut membenarkan permohonan peguam Tengku Fuad Ahmad untuk menyerahkan jawapan bertulis sebagai jawapan kepada hujahan lisan oleh peguam mewakili para responden.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 2:49 PM