LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Noor Hidayah Tanzizi


TIGA beranak yang dipercayai mendera, mengurung dan memaksa pembantu rumah warga Indonesia berkerja tanpa gaji di Taman Desa Pantai 2, Pantai Remis di Manjung, Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, majikan mangsa iaitu wanita dan dua anaknya masing-masing seorang lelaki dan wanita itu dibebaskan hari ini, selepas proses dokumentasi selesai.

"Ketiga-tiga individu itu akan diberi jaminan polis sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan keputusan kes daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 31 tahun dipaksa bekerja setiap hari dan tidak dibayar gaji selepas dihantar oleh seorang ejen untuk bekerja di rumah suspek sejak Ogos 2019.

Selain itu, mangsa turut dilaporkan dikurung dan dipukul oleh majikan serta dua anak majikannya sehingga mengalami kecederaan ringan.

Berita berkaitan:

  • Tiga beranak ditahan dera amah
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 1:30 PM