PESERTA projek Taman Dapur mengusahakan tanaman kangkung dan sawi di Felda Chini Timur 1. FOTO Mohd Rafi Mamat
PESERTA projek Taman Dapur mengusahakan tanaman kangkung dan sawi di Felda Chini Timur 1. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat

KEMPEN menanam sayur di kawasan rumah disambut baik 430 penduduk Felda Chini Timur 1, Pekan, apabila berjaya menghasilkan tanaman bagi kegunaan sendiri selain dijual.

Pengurus Felda Chini Timur 1, Mohd Shahrun Ismail berkata, projek Taman Dapur atau Edible Garden diusahakan tiga tahun lalu bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan dapur golongan peneroka.

Menurutnya, selain kegunaan isi rumah, terdapat peserta yang berpeluang menjual hasil kepada pihak kedua untuk pasaran setempat, selain ada dalam kalangan mereka mengamalkan kaedah bertukar sayur bagi membolehkan mereka berkongsi dan merasa hasil usaha itu.

"Setiap peserta mengeluarkan modal antara RM30 hingga RM50 untuk membeli baja, benih dan racun serangga termasuk peralatan berkebun.

"Setiap hari mereka meluangkan masa dua hingga tiga jam menguruskan kebun masing-masing.

"Kebanyakan peserta adalah golongan wanita dan mereka mendapat sokongan dan bantuan daripada suami serta anak," katanya.

Beliau berkata, antara sayur-sayuran banyak ditanam ialah sawi, kangkung, bayam merah dan terung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 4:47 PM