SUSPEK ditahan polis semalam. FOTO arkib NSTP
SUSPEK ditahan polis semalam. FOTO arkib NSTP
Zuhainy Zulkiffli


IBU kepada bayi yang dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, bersama kekasihnya direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ibu bayi berkenaan masih ditahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan susulan.

Katanya, suspek wanita yang juga pelajar di sebuah kolej itu turut menjalani sesi kaunseling di hospital berkenaan.

"Menurut doktor, suspek mungkin akan dibenarkan keluar dari hospital pada Isnin ini.

"Suspek berada dalam keadaan sihat," katanya hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mayat bayi perempuan ditemui di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi.

Susulan itu, ibu muda dan kekasihnya yang masing-masing berusia 18 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan

Campak bayi dari tingkat 13: Pelajar kolej dan teman lelaki ditahan [METROTV]

Ibu zalim campak bayi dari tingkat 13 [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 3:26 PM