GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 38 tapak binaan di seluruh negara dengan empat daripadanya didapati tidak patuh prosedur operasi standard (SOP), semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeriksaan yang dilakukan semalam membabitkan 80 penguat kuasa.

"Pemeriksaan mendapati, 32 tapak binaan mematuhi SOP. Empat tapak binaan tidak mematuhi SOP dan diberi amaran, dua tapak lagi tidak beroperasi.

"Secara kumulatif, 2,738 tapak binaan sudah diperiksa oleh CIDB.

"Daripada jumlah itu, 495 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 19 tapak binaan diarah tutup," katanya pada kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-109 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Hari Ke-24, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, CIDB dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menganjurkan Program Saringan Prihatin (PSP) Covid-19 percuma untuk pekerja warga asing sektor pembinaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi urus setia Covid-19 CIDB Malaysia di emel [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 4:49 PM