Muhaamad Hafis Nawawi

TIGA belas tapak binaan diarah tutup kerana tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Menteri Pertahanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, CIDB semalam melakukan pemeriksaan di 179 tapak binaan di seluruh negara membabitkan 176 penguat kuasa.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, 111 tapak binaan patuh SOP manakala 11 lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.

"Sebanyak 56 tapak binaan pula masih belum beroperasi. Penguat kuasa CIDB mengeluarkan satu arahan menutup tapak kerana tidak patuh SOP," katanya pada sidang media harian di Putrajaya di sini, hari ini.

111 tapak binaan patuh SOP manakala 11 lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran. FOTO Arkib NSTP
111 tapak binaan patuh SOP manakala 11 lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran. FOTO Arkib NSTP

Ismail Sabri berkata, jumlah kumulatif tapak binaan yang diperiksa oleh CIDB di seluruh negara sehingga hari ini adalah 7,262.

"Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati, 1,555 tapak binaan patuh SOP manakala 328 lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.

"Sebanyak 13 tapak binaan diarah tutup kerana tidak patuh SOP dan baki 5,366 tapak binaan tidak beroperasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 3:18 PM