FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 19 tapak binaan diarah tutup, sementara 564 diberi amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak 20 April hingga semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sudah membuat pemeriksaan di 25 tapak binaan di seluruh negara yang membabitkan 63 penguatkuasa, semalam.

"Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 20 tapak binaan patuh SOP ditetapkan dan empat tapak binaan tidak patuh SOP.

"Dari 20 April sehingga semalam, jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP adalah 3,436 tapak binaan manakala 564 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.

"Penguatkuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 3:39 PM