ANGGOTA bomba memotong sesendal nat yang tersangkut di jari kanak-kanak lelaki di HSAH di Sungai Petani. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba memotong sesendal nat yang tersangkut di jari kanak-kanak lelaki di HSAH di Sungai Petani. FOTO Ihsan JBPM
Nor Farhani Che Ad


ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memotong sesendal yang tersangkut di jari seorang kanak-kanak lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.13 tengah hari.

"Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dibawa ibunya ke hospital selepas sesendal tersangkut di jari tengah tangan kanannya ketika bermain dengan alat berkenaan.

"Bagaimanapun, sesendal itu tidak dapat dikeluarkan dan pihak hospital terpaksa mendapatkan khidmat bomba," katanya.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dikejarkan ke hospital berkenaan bagi memberi bantuan kecemasan.

Katanya, anggota operasi berjaya memotong sesendal itu menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan ke atas mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 5:10 PM