MINI Zoo Taman Teruntum. FOTO Asrol Awang
MINI Zoo Taman Teruntum. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


MINI Zoo Taman Teruntum yang menjadi daya tarikan orang ramai mula dibuka semalam.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, mini zoo sebelum ini ditutup sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Katanya, hanya 50 pengunjung dibenarkan pada satu masa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sehubungan itu, orang ramai boleh mengunjungi Mini Zoo yang dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam setiap hari.

"Bayaran tiket RM2 dan RM4, masing-masing dikenakan kepada kanak-kanak dan dewasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Terowong Sungai Lembing yang ditutup sejak PKP lalu dijangka dibuka minggu depan.

Katanya, kedua-dua kawasan pelancongan itu ditutup sejak PKP pada 18 Mac lalu, dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

"Oleh itu, orang ramai perlu mengamalkan normal baharu dalam menjalankan aktiviti harian termasuk penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 11:31 AM