PELANCARAN MINI John Cooper Works Countryman and MINI John Cooper Works Clubman di Sepang. FOTO Aswadi Alias
PELANCARAN MINI John Cooper Works Countryman and MINI John Cooper Works Clubman di Sepang. FOTO Aswadi Alias
Lizam Ridzuan


MINI Malaysia melancarkan model prestasi dan eksklusif Mini John Cooper Works Clubman dan Mini John Cooper Works Countryman di Sepang, hari ini.

Model itu diinspirasikan daripada Mini klasik dipandu juara rali John Cooper yang memenangi Rali Monte Carlo pada 1964 dan 1965.

Mini John Cooper Works Clubman baru adalah gabungan prestasi yang versatil dengan reka bentuk sporty dan unik.

Mini John Cooper Works Countryman dibina untuk mereka yang gemarkan cabaran dan juga boleh dipandu pada laluan jalan raya dan off-road.

Dijana enjin 2.0 liter dengan Teknologi Mini TwinPower Turbo menghasilkan kuasa 231hp dan tork 350Nm bagi menawarkan pemanduan prestasi serta efisien dalam penggunaan bahan api.

Harga jualan untuk Mini John Cooper Works Clubman ialah RM328,888 dan Countryman pada RM348,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan empat tahun tanpa had perbatuan.

Foto: Aswadi Alias

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 2:06 PM