Suliati Asri


TAMPIL dengan kemasan yang 'trendy', bergaya, mempunyai spesifikasi dan kamera yang bersolusi tinggi, Siri HUAWEI nova 7 baru sememangnya cukup menarik!

Bukan itu saja, Siri HUAWEI nova 7 ini juga telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia dengan penawaran harga berpatutan iaitu RM1,000 ke atas.

Ingin tahu lebih lanjut? Lihat tujuh ciri Siri HUAWEI nova 7 yang menarik sekali gus menjadikan faktor ia harus dibeli pada bulan ini!

1. Warna yang memukau

Warna menarik dan bergaya antara kriteria diambil kira dalam pemilihan telefon pintar yang baru. Oleh itu, Siri HUAWEI nova 7 hadir dengan tiga pilihan warna laminasi yang menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.

Direka dengan proses terkini yang terkemuka dalam industri, warna Siri HUAWEI nova 7 ini juga cukup unik di mana ia akan memberikan warna yang berbeza mengikut pantulan cahaya dari perspektif yang berbeza.

Ia sekali gus menyerlahkan bukan saja telefon tetapi juga penampilan si pemakainya.

2. Ringan dan nipis

Berat telefon pintar HUAWEI biasanya sedikit berat. Bagaimanapun, ia mempunyai kekuatan dalam fotografi dengan badan telefon yang langsing.

Oleh yang demikian, Siri HUAWEI nova 7 ini menampilkan reka bentuk yang minimalis untuk kedua-dua perisian dan perkakasan bukan saja membolehkan prestasi yang hebat tetapi juga mengurangkan ruang pemproses, menghasilkan saiz papan induk yang lebih kecil serta badan telefon pintar yang lebih ringan dan nipis.


3. Kamera 64MP AI Quad


Mempunyai kamera terbaik adalah penting dalam pemilihan telefon pintar. Justeru, Siri HUAWEI nova 7 ini tidak mengecewakan.

Disokong dengan cip pemproses Kirin 820 dan keupayaan AI yang kuat memberikan hasil fotografi berdefinisi tinggi dan berkualiti, gambar malam yang menakjubkan serta kualiti video 4K luar biasa ditawarkan khas buat pengguna dengan Kamera 64MP AI.

Siri HUAWEI nova 7 ini turut dilengkapi kamera depan 16 MP menggunakan f/2.0 yang besar, aperture dengan ukuran piksel 1.0 um yang dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian ketika swafoto.

Kamera hadapannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk swafoto dengan cahaya yang rendah.

Kebisingan (noise) pula dikawal dengan algoritma BM3D, sementara perincian ditingkatkan oleh penyususnan RAW pelbagai bingkai bersama.

Lebih menarik, Siri HUAWEI nova 7 ini hanya memerlukan dua saat untuk menghasilkan potret swafoto yang terbaik.

4. Fungsi Dual-View Video Mode yang menarik

Siri HUAWEI nova 7 baru ini menyokong Dual-View Video Mode yang memanfaatkan sepenuhnya kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua bahagian.

Kamera belakang yang merangkumi lensa makro pula membolehkan gambar jarak dekat diambil sekali gus pengguna dapat merakam detik indah dalam kehidupan seharian.


5. SuperCharge 40W

Dilengkapi dengan bateri 4000mAh yang besar dan HUAWEI SuperCharge 40W, siri HUAWEI nova 7 ini membolehkan telefon dicas sehingga 70 peratus dalam masa setengah jam.

6. Telefon pintar 5G paling mampu di Malaysia

Menjadi telefon pintar pertengahan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G, pasti ramai yang tertanya-tanya berapa tunai yang akan digunakan bagi memilikinya.

Jangan risau! Walaupun dengan kemasan yang menarik, fotografi dan video berkualiti premium serta prestasi yang luar biasa, Siri HUAWEI nova 7 baru ini ditawarkan pada harga mampu milik dan dijangka akan dijual pada harga RM1,000 ke atas.

7. HUAWEI Share dan MEETime

Kesemua Siri HUAWEI nova 7 baru ini mempunyai pra muat turun dengan MeeTime untuk menyokong panggilan video sehingga FHD 1080p antara peranti HUAWEI.

Ia memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk mengoptimumkan kualiti apabila kurang pendedahan cahaya dan memastikan kejelasan subjek.

Di samping itu, HUAWEI Share pula adalah ciri perkongsian fail dengan seretan yang mudah antara peranti untuk memastikan penggunaan yang optimum.

HUAWEI AppGallery: lebih selamat, lebih storan, lebih ganjaran

Siri HUAWEI nova 7 ini dilengkapi dengan HUAWEI AppGallery iaitu aplikasi mudah alih ketiga terbesar dengan lebih daripada 390 juta pengguna bulanan di seluruh dunia, pengguna dapat mencari semua aplikasi yang dimahukan menerusi peranti ini.


Menariknya, Aplikasi ini juga lebih selamat kerana ia dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan.

Cari aplikasi terpilih, permainan menarik, hadiah dan ganjaran yang tersedia untuk anda nikmati dengan selamat, pada bila-bila masa, di mana saja di seluruh peranti anda. HUAWEI Cloud menyediakan sehingga 50GB storan Cloud secara percuma selama 12 bulan.

Dengan aplikasi lain iaitu HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (pembantu berita dan AI), HUAWEI Cloud, HUAWEI Email, WPS Premium (aplikasi pejabat), MeeTIME (panggilan video), HUAWEI Welink (aplikasi Telecommuting), HUAWEI Readers (aplikasi membaca), HUAWEI Calander, HUAWEI Music, HUAWEI Video.

Tidak dapat mencari aplikasi kegemaran anda? Jangan risau, HUAWEI FindApps boleh membantu!

Selain itu, HUAWEI turut menambah baik tawaran aplikasi yang sediakan sekali gus membuatkan pelanggannya tidak menyesal memilih HUAWEI.

FindApps misalnya. Ia berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang diperlukan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi.

FindApps dapat mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan lain-lain.

Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika pengguna tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana mereka boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK.

Pengguna boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan HUAWEI Browser, atau melalui kedai aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.


Tidak kira anda adalah pengguna iOS atau Android, HUAWEI Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama.

Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store. Dengan aplikasi ini juga, pemindahan super pantas kerana ia dapat mencapai kelajuan 1GB perminit.

Selain itu, pengguna boleh memindahkan kenalan, sistem pesanan ringkas (SMS), log panggilan, nota, rakaman, kalendar foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi dari telefon lama ke telefon pintar HUAWEI baru dengan mudah dan selamat dengan menggunakan Phone Clone ini.

Dengan ciri utama yang menarik ditambah kepelbagaian aplikasi yang boleh di muat turun menerusi HUAWEI AppGallery serta aplikasi tambahan terbaru dari HUAWEI, siri nova 7 ini adalah peranti yang tidak harus dilepaskan.

Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut!

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, layari : https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Dijual mulai 19 Jun ini pada harga RM1,000 ke atas, Siri HUAWEI nova 7 adalah peranti yang tidak harus dilepaskan! https://bit.ly/37rDNDu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 10:11 AM