Suliati Asri

BATERI tahan lama, skrin besar dan gaya hebat antara kriteria diutamakan dalam pemilihan telefon pintar.

Namun, untuk memiliki tiga aspek penting itu, harganya juga pasti mahal.

Kini, HUAWEI mempunyai telefon pintar diimpikan pada harga yang sangat berpatutan iaitu HUAWEI Y6p.

HUAWEI Y6p dilengkapi bateri besar, skrin besar dan gaya besar.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan hayat bateri yang melebihi telefon pintar utama?

Bagaimanakah bateri 5000mAh meningkatkan pengalaman?

Bateri, skrin dan gaya BESAR


Menurut ujian dijalankan, Siri HUAWEI Y (HUAWEI Y9s) sebelum ini dikuasakan dengan bateri 4000mAh dan mampu menyokong melayari internet sekurang-kurangnya 10 jam, bermain permainan dalam talian lebih kurang sembilan jam bahkan boleh memainkan muzik selama lebih dari satu hari penuh.

Justeru, dengan 5000mAh yang dimiliki Y6p, hayat baterinya pasti lebih panjang.

Bateri yang berkuasa bermaksud pengguna tidak perlu risau untuk mencari pengecas semasa mengambil video bagi merakam detik penting untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan sempena Aidilfitri ini.

Telefon terbaharu ini lebih menonjol antara yang lain kerana direka sesuai untuk pakaian hari ini (OOTD).

Dengan reka bentuk telefon unik di bahagian belakang, HUAWEI Y6p didatangkan dalam tiga warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black.

Gabungan reka bentuk dan warna menarik ini nyata menambahkan daya tarikan Y6p.

Paparan Dewdrop 6.3 inci dengan nisbah skrin-ke-kerangka 88.4 peratus pula memberikan pengalaman visual yang luas dan menakjubkan.

Dengan itu, pengguna boleh menonton apa juga filem atau bermain permainan grafik yang menarik dengan gangguan yang sedikit.

Bagi memastikan setiap kenangan penting sentiasa diingati, HUAWEI Y6p dilengkapi kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar yang dapat memastikan seluruh keluarga berada di dalam gambar semasa sesi fotografi.


Kamera depan dengan 8MP pula membolehkan panggilan video dibuat dan dilihat dengan jelas oleh mereka yang dihubungi.

Selain itu, video TikTok juga lebih menarik dan senang dibuat apabila setiap pergerakan serta aksi dirakam dengan jelas.

Memahami pengguna yang suka mengabadikan kenangan dengan menyimpan banyak gambar dan video, HUAWEI Y6p dibina dengan ruang penyimpanan 64GB.

Digabungkan pula dengan penyimpanan awam percuma 15GB selama 12 bulan.

Pasti lebih banyak gambar dan video yang boleh di simpan.

Lebih banyak aplikasi di AppGallery HUAWEI


HUAWEI dengan pantas mengisi AppGallery dengan lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, e-dompet Touch n go, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.

Dengan mekanisme pengesanan empat lapisan, ia memastikan aplikasi diperiksa secara menyeluruh untuk mengelakkan perisian hasad sekali gus pengguna akan lebih yakin terhadap keselamatan aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.

AppGallery HUAWEI juga dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti :

• Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus daripada AppGallery.

• Aplikasi yang dibina di seluruh dunia dapat diakses berbanding Google di mana aplikasi tertentu disekat di sesetengah kawasan.

• AppGallery adalah lebih selamat, lebih banyak simpanan dan lebih ganjaran

Walaupun HUAWEI sentiasa mengisi AppGallery dengan aplikasi yang banyak, kadang kala pengguna menginginkan aplikasi tertentu yang belum tersedia di platform itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi FindApps di AppGallery.

Aplikasi itu berfungsi sebagai hub membantu pengguna mencari aplikasi diinginkan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi terbabit seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan lain-lain.

Miliki produk HUAWAI dengan promosi dan pelan ansuran terhebat


Dapatkan HUAWEI Y6p sekarang bersama HUAWEI Matepad T dan Band 4 Pro pada harga RM3.69 sehari. Layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Pengguna juga kini boleh menikmati Y6p bersama Matepad T untuk menonton filem atau Band 4 Pro untuk membantu senaman yang lebih baik.

Nikmati juga 15GB penyimpanan awan percuma selama 12 bulan, langganan HUAWEI Video percuma selama sebulan dan penebusan VIU yang boleh di tebus bermula 25 Mei dan seterusnya sehingga stok masih ada.

Pada masa yang sama, HUAWEI juga mengumumkan ketersediaan telefon y5p pada harga RM359.

Bersempena dengan bulan Ramadan, HUAWEI memberikan tawaran istimewa untuk produk terbaharu.

Semua produk terbaharu HUAWEI itu akan menjadi sebahagian daripada kempen promosi besar, mulai dari telefon pintar HUAWEI, tablet sehingga komputer riba dan pembesar suara.

Pengguna yang membeli produk HUAWEi juga layak mendapatkan hadiah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini, layari https://bit.ly/3fT2DQb atau dapatkan HUAWEI Y6p anda hari ini dengan harga hanya RM559 di https://bit.ly/2zaelFA

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huawei AppGallery sila lawati https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 8:17 PM