Antara longgokan sampah haram di kosong berhampiran Masjid Cina Krubong. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Antara longgokan sampah haram di kosong berhampiran Masjid Cina Krubong. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


TINDAKAN pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah secara haram di kawasan kosong berhampiran Masjid Cina Krubong, Melaka, amat dikesali penduduk.

Apa tidaknya, longgokan sampah di kawasan berkenaan boleh menjejaskan imej Melaka, sebagai bandar raya bersih, indah dan sejahtera

Penduduk Zaki Samad, 32, berkata, pihak terbabit mengambil kesempatan membuang sampah di situ kerana lokasinya yang agak tersorok dan berhampiran ladang kelapa sawit jarang dilalui.

"Laluan itu biasanya digunakan penduduk sebagai jalan pintas ke Kampung Rembia-Krubong-Cheng dan sebaliknya.

"Tindakan itu menyebabkan sekitar kawasan itu kotor, tidak terurus, sekali gus mengundang pembiakan nyamuk aedes," katanya.

Sementara itu, Pengarah SWCorp negeri, Khairuladha Ab Mutalib berkata, pihaknya memandang serius tindakan segelintir pihak yang membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan.

Katanya, dari Januari hingga Mei, pihaknya sudah mengenal pasti kes pembuangan sampah haram yang kini dalam proses tindakan lanjut oleh mahkamah.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan larangan pembuangan sampah dibuat mengikut peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah Seksyen 71(1) Akta 672.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda minimum sebanyak RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara minimum enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 3:31 PM