SUSPEK ditahan dirumahnya bersama 12 buah telefon pintar yang dicurinya. FOTO IHSAN PDRM
SUSPEK ditahan dirumahnya bersama 12 buah telefon pintar yang dicurinya. FOTO IHSAN PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEORANG lelaki ditahan bersama 12 telefon pintar yang dicuri dari sebuah pusat beli-belah di Kelana Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Azanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan di rumahnya di Lembah Subang, pada jam 4.30 petang semalam.

"Bertindak dari maklumat awam, polis menyerbu rumah berkenaan dan menemui 12 telefon pintar yang dicuri suspek.

"Soal siasat awal mendapati suspek mengaku mencuri telefon pintar berkenaan dari kedai di sebuah pusat beli-belah,"katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis merampas 12 telefon pelbagai jenama, aksesori telefon, beg galas dan pakaian yang digunakan untuk melakukan kegiatan berkenaan.

"Hasil semakan rekod suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes dadah dan lapan kes curi.

"Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 480 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 4:02 PM