ISMAIL Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra. FOTO BERNAMA
Raja Noraina Raja Rahim

HOSPITAL Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh yang beroperasi sejak 2018 ditamatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan 56 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di hospital berkenaan dibawa pulang ke Malaysia berikutan penularan wabak Covid-19.

"Tidak ada lagi (hospital medan) kerana 56 anggota dipanggil pulang ketika Covid-19 mula melanda," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status hospital berkenaan ketika ini apabila kesemua anggota ATM dipanggil pulang.

Sebelum ini, Hospital Medan Malaysia dibuka selepas berlakunya kebanjiran lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh akibat kekejaman tentera Myanmar di utara Rakhine.

Hospital itu mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hospital Medan Tahap Tiga terbaik dan paling dipercayai di Cox's Bazar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 3:46 PM