Yusmizal Dollah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


PERKHIDMATAN gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sendiri menerima rayuan daripada pengusaha dan persatuan untuk memberi kebenaran namun ia belum diputuskan.

Menurutnya, perkhidmatan gunting rambut ini perniagaan paling laris menjelang hari raya namun ia belum dibincangkan lagi setakat ini kerana gunting rambut masih berada dalam senarai terlarang.

"Kita belum bincang lagi kalau ada dan dinasihatkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kita boleh berbincang untuk beri kebenaran.

"Setakat ini belum ada nasihat daripada KKM berhubung khidmat gunting rambut," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

Mengulas mengenai pembukaan rumah ibadat, Ismail Sabri berkata, memang ada pembentangan daripada Kementerian Perpaduan Negara berhubung rumah ibadat namun ia tidak diumumkan lagi kerana belum mencapai persetujuan.

"Ada beberapa perkara perlu diperhalusi dan menteri juga akan berjumpa semula dengan pemimpin agama lain selain Islam dan akan beri cadangan balas dikemukakan dalam mesyuarat tadi.

"Dibincangkan balik pada Khamis ini dan jika tidak sempat selepas itu. Kalau ada persetujuan saya akan umumkan," katanya.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 3:12 PM