KEADAAN pekan Jalan Othman lenggang  pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). FOTO SAIFULLIZAN TAMADI.
KEADAAN pekan Jalan Othman lenggang pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). FOTO SAIFULLIZAN TAMADI.
Muhaamad Hafis Nawawi


SERAMAI 2,163 orang sudah menjalani saringan Covid-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Pasar Othman, Petaling Jaya sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, jumlah itu membabitkan seramai 1,562 warga tempatan dan 601 bukan warganegara.

Menurutnya, saringan di Zon A, B dan C sudah selesai sepenuhnya dan keputusan keseluruhan saringan dijangka diketahui esok.

"Sehingga kini sebanyak 1,500 keputusan saringan sampel Covid-19 diperolehi dan setakat ini kekal seorang sahaja positif membabitkan warga tempatan semalam.

"Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKPD Pasar Jalan Othman di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 5:05 PM