Kamarul Azli menunjukan ayam direbannya terpaksa dikurangnya mengelakan berdepan kerugian berterusan tempoh PKP yang belum berakhir. FOTO RAMLI IBRAHIM
Kamarul Azli menunjukan ayam direbannya terpaksa dikurangnya mengelakan berdepan kerugian berterusan tempoh PKP yang belum berakhir. FOTO RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim


HARGA ayam di sekitar daerah ini meningkat sejak seminggu lalu kepada RM6 hingga RM8 sekilogram berbanding RM3.50 hingga RM5 di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pembekal ayam terbesar di Gua Musang, Kamarul Azli Mat Ali, 41, berkata, bekalan ayam semakin terhad menyebabkan harga melambung.

"Sebelum ini, sepanjang PKP, harga ayam murah iaitu RM3.50 sekilogram.

"Pasaran ketika itu terhad malah ayam tidak boleh dihantar ke luar daerah sedangkan bekalannya besar. Ia menyebabkan harganya agak murah," katanya.

Kamarul Azli yang memiliki 20 reban ayam di Kampung Lepan Jaya di sini, berkata bagaimanapun, sejak seminggu lalu, harga ayam kembali mahal memandangkan pergerakan sudah tidak terbatas terutama menjelang Aidilfitri.

"Orang ramai sudah mula keluar untuk membeli barangan bagi persiapan Aidilfitri selain berbuka puasa.

"Permintaan kini tinggi manakala bekalan pula agak berkurang. Kami harap keadaan ini segera berakhir dan ia bukan saja memudahkan pembeli malah peniaga," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 2:43 PM