Muhamaad Razis Ismail

PADA zaman moden ini, teknologi memainkan peranan penting untuk memudahkan kita sentiasa berhubung.

HUAWEI juga tidak ketinggalan dengan menghasilkan produk yang dapat merapatkan hubungan sesama manusia.

HUAWEI menggariskan tiga panduan untuk menghangatkan hubungan termasuk 'mendekatkan' percintaan jarak jauh (PJJ) dengan menggunakan peranti HUAWEI Nova-7i.

PJJ sentiasa diuji dengan dugaan dan memerlukan kepercayaan kedua-dua pihak.

Sesuai dengan kemajuan teknologi, pasangan masih boleh berhubung dan berjumpa walaupun tinggal berjauhan!

Hari ini, HUAWEI berkongsi tiga cara bagaimana dapat merapatkan hubungan dengan menggunakan peranti HUAWEI Nova-7i terutama kepada anda yang PJJ.

Pertama:

Sentiasa berkongsi rutin harian dengan telefon pintar pada setiap hari.


Antara yang boleh dilakukan adalah dengan membuat panggilan video, menghantar video menarik dan lucu kepada si dia serta menyimpan foto yang paling cantik / kacak (biarpun berat badan bertambah selepas Tahun Baru)

Apakah aplikasi yang sesuai digunakan?

Dengan menggunakan HUAWEI Nova 7i yang dilengkapi kesan khas video swafoto, pelbagai penapis TikTok dan kesan khas kecantikan AI, anda dapat menjadikan wajah lebih semulajadi.

Lebih menarik, peranti ini memiliki fungsi rakaman video 'slimming'.

Kini, anda boleh mengekalkan kehangatan hubungan cinta jarak jauh dengan menggunakan Nova 7i.

Kedua

Walaupun sibuk bekerja, pasangan kekasih masih perlu sentiasa menghantar mesej sepanjang masa namun pada masa sama anda tidak mahu majikan mengetahui perkara itu. Jangan biarkan kerja menjejaskan hubungan cinta anda.


Anda boleh pancarkan skrin telefon di komputer riba MateBook D 15 tanpa wayar dengan menggunakan 'Multi Screen Collaboration'.

Dengan itu, anda masih boleh fokus bekerja sambil memeriksa mesej daripada si dia.

Anda juga boleh hubungkan telefon dengan jam tangan HUAWEI Watch GT2 untuk menjawab panggilan telefon, periksa mesej, mengukur degupan jantung dan banyak lagi.

Jangan bimbang, jangka hayat bateri HUAWEI Watch GT2 boleh kekal sehingga 14 hari.

Letakkan gambar anda dan pasangan sebagai pelekat dinding pada Watch GT2.


Ketiga

Perkara paling menarik dalam PJJ apabila pasangan dapat bertemu. Biarpun dalam masa terhad, makan dan menonton program televisyen bersama boleh menjadi perkara paling menggembirakan dalam hidup.

Dapatkan HUAWEI Freebud 3 yang memiliki pembatalan bunyi aktif dan sangat mudah digunakan.

Percayalah ia seolah-olah membawa anda dan pasangan ke dunia lain.


Sempena Hari Valentine 2020, HUAWEI bukan sahaja membuka pra tempahan untuk Nova 7i, malah produk lain juga turut dijual iaitu

• Nova 5T Crush Green : RM1,399

• MateBook D 15 (8GB+256GB) : RM2,299

• Y7P : RM699

• FreeBuds 3 Red : RM679

• WatchGT2 42mm Rose Gold : RM899


Kini, HUAWEI menawarkan pakej yang sesuai untuk semua yang mampu memenuhi pelbagai keperluan dan keinginan (kecergasan, melancong, akademik, belajar secara bijak) - Nikmati 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan 'Together 2020 HUAWEI Smart Life' pakej pelan ansuran sehingga 12 bulan dengan bayaran kurang daripada RM4.87 sehari* bermula 22 Februari ini!.

Untuk pembelian produk terhebat ini, layari https://HUAWEItogether2020.3ex.com.my


HUAWEI Nova 7i akan dilancarkan pada 22 Februari dengan harga RM1,099 dan percuma band 4 (sementara stok masih ada).

Buat pra tempahan Nova 7i sekarang, dapatkan maklumat lanjut di HUAWEI Online Store atau ke kedai HUAWEI utama yang sah.

Jangan lepas peluang ini sebelum terlambat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:04 PM