Suliati Asri


SEMPENA ulang tahun kedai rasmi atas talian HUAWEI ke-6, HUAWEI Malaysia melancarkan Kempen 'HUAWEI Online Official Store's 6th Anniversary Sales' dengan tawaran istimewa.

Pelanggan boleh merujuk di sini untuk penebusan baucer bernilai RM166 sekarang dan menggunakannya pada 29 April.

Kempen ini akan bermula tepat jam 12.01 pagi, bermaksud pelanggan perlu bersedia pada 28 April malam. Kempen ini juga adalah tanda terima kasih HUAWEI Malaysia kepada masyarakat yang sentiasa memberi sokongan.

Kempen ini boleh dimanfaatkan membeli gajet hebat sempena Hari Pekerja selain persiapan rakyat Malaysia memasuki bulan Mei dengan tawaran terbaik dari HUAWEI.

Menerusi kempen berlangsung 29 April ini, HUAWEI menawarkan beberapa pilihan promosi yang menjanjikan pengguna bukan saja peranti hebat tetapi juga pada harga terbaik.

1. Baucer atas talian HUAWEI RM166


Bermula 23 hingga 28 April, pengguna berdaftar boleh menebus baucer bernilai RM166. Setiap baucer dapat digunakan pada 29 April untuk satu peranti HUAWEI seperti berikut:


2. Diskaun 16 peratus untuk semua aksesori HUAWEI

Hanya satu hari saja, semua aksesori menawarkan potongan 16 peratus pada 29 April. Untuk mengetahui maklumat lanjut, layari HUAWEI ONLINE STORE


3. HUAWEI Must Buy

Memiliki HUAWEI nova 4e pasti menepati cita rasa selain sesuai dijadikan hadiah untuk ibu tersayang sempena Hari Ibu.

Selain itu, bersenam di rumah juga pastinya lebih mengujakan dengan adanya jam pintar GT baharu bagi memantau kesihatan di rumah.

Menerusi promosi Must Buy, pengguna boleh memiliki beberapa peranti termasuk yang sentiasa menjadi pilihan seperti HUAWEI Matebook 13 17, HUAWEI Mate 30 Pro dan banyak lagi hanya 29 April.

4. Flash Deals

Kedai rasmi atas talian HUAWEI turut menawarkan 'Flash Deals' bagi pemegang akaun berdaftar dengan peranti serendah 60 sen.

Menawarkan empat produk HUAWEI yang berbeza, Flash Deals ini berlangsung dari 23 – 29 April bermula jam 10.08 pagi.

Pengguna perlu bertindak pantas kerana kuantiti barangan ditawarkan terhad. Jangan lupa layari HUAWEI ONLINE STORE

5. Lebih Ganjaran Dengan HUAWEI AppGallery

Bermain permainan dalam talian saat berada di rumah sememangnya cukup menyeronokkan khusus buat si 'kaki game'.

Keseronokan bermain gajet juga berganda dengan pelbagai aplikasi yang dimuat naik menerusi AppGallery.

Menambahkan kegembiraan bermain gajet dengan aplikasi yang pelbagai, pengguna HUAWEI boleh mendapatkan satu baucer dalam talian tambahan bernilai RM100 menerusi HUAWEI AppGallery.

Jika belum memuatnaik, pengguna perlu memuatnaik aplikasi dan mendaftar akaun bagi menerima baucer dalam talian bermula 23 hingga 28 April.

Setiap baucer hanya boleh digunakan ketika kempen jualan berlangsung dengan pembelian minimum RM1,100 ke atas.

Baucer ini juga tidak sah untuk pembelian Siri HUAWEI P40, Jam GT 2e, Matepad Pro dan Mate Xs. Hanya satu baucer boleh digunakan semasa daftar masuk pada item terpilih sahaja

6. HUAWEI New Arrivals

Bekerja dari rumah pasti lebih mudah dengan menggunakan HUAWEI MatePad Pro. Lengkap pula dengan M-Pencil dan Papan Kekunci Magnetik Pintar, ia pastinya memudahkan lagi setiap tugasan pejabat yang harus diselesaikan di rumah.

Menariknya, menerusi promosi HUAWEI New Arrivals ini, pengguna boleh memiliki MatePad Pro dengan M-Pencil dan Papan Kekunci Magnetik Pintar juga boleh dimiliki dengan potongan harga menarik dari 29 April hingga 7 Jun, iaitu RM2898 sahaja.

Peranti terbaru HUAWEI termasuk P40 dan P40 Pro dengan hadiah percuma bernilai RM679 dan Jam GT 2e dengan tali percuma bernilai RM69, 29 April ini adalah masanya.

Penebusan baucer adalah terhad. Justeru, pengguna digalakkan untuk menebusnya segera dan menggunakannya pada 29 April ini.

Pengguna juga digalakkan menambahkan peranti kegemaran di troli sekarang untuk mudah melakukan pembelian pada hari pro

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 4:57 PM