Muhamaad Razis Ismail

SETIAP kali tiba tahun baru, ramai pengguna mula berkira-kira untuk membeli telefon baru. Tambahan pula, pada era 5G ini, persoalan mula timbul keperluan untuk mendapatkan telefon pintar yang menyokong 5G.

Sekiranya anda sedang berfikir untuk mendapatkan telefon pintar baru, semestinya HUAWEI Mate 30 Pro 5G antara yang perlu dipertimbangkan.

Kajian yang dijalankan mendapati 80 peratus pengguna cenderung untuk mendapatkan HUAWEI Mate 30 Pro 5G berbanding telefon lain di pasaran.

Harian Metro menyenaraikan 10 sebab mengapa HUAWEI Mate 30 Pro 5G lebih berbaloi.

1. HUAWEI Mate 30 Pro 5G adalah pilihan terbaik kerana menjadi kunci untuk memulakan pengalaman 5G


Sehingga kini, sebanyak 47 negara sudah mengkomersialkan rangkaian 5G. Daripada jumlah itu, kebanyakan negara yang menggunakan rangkaian 5G disediakan HUAWEI termasuk China, United Kingdom, Itali dan Dubai.

Ini bermaksud, dengan menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, anda dapat menikmati sambungan rangkaian 5G pantas dan stabil.

2. HUAWEI adalah satu-satunya pembekal semua peralatan berkaitan 5G, bermula daripada rangkaian teras sehingga peralatan komunikasi

HUAWEI mempunyai akses 'front-end' dan 'back-end', stesen pangkalan 5G, chipset 5G, perkhidmatan awanan 5G, peranti dan sebagainya.

3. Diiktiraf SIRIM Berhad sebagai telefon pintar 5G pertama di negara ini

HUAWEI menjadi peneraju telefon pintar di negara ini yang menggunakan 5G.

4. Telefon pertama di dunia menggunakan cip Kirin 990 5G


Dengan kombinasi yang dikuasakan 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong rangkaian teras bukan persendirian (NSA) dan persendirian (SA), ia juga dapat memastikan kestabilan transmisi 5G dan penggunaan tenaga rendah.

5. Telefon pintar yang menyokong rangkaian 2G/ 3G / 4G / 5G


Biarpun rangkaian 5G dinaik taraf pada masa akan datang, ia tidak memberi kesan kepada HUAWEI Mate 30 Pro 5G malah tetap dapat membawa pengguna merasai pengalaman 5G dengan jalur lebar yang besar, kelajuan tinggi, dan latensi rendah.

Pengguna tidak perlu menukar kepada telefon lain sekiranya menggunakan kad sim 4G.

6. Dapat bermain permainan video tanpa gangguan Internet

Sekiranya anda 'kaki game' dengan cip Kirin 990 5G SoC, anda dapat bermain permainan video dengan lebih pantas dan rangkaian lebih stabil dengan kadar latensi yang rendah tanpa gangguan.

7. Dilengkapi dengan kad seni grafik CG6 Mali-G76 MC16 GPU pada Kirin 990 SoC

Ia mampu memproses imej besar dengan penggunaan yang lebih rendah sekali gus memberi hasil grafik terbaik serta pengalaman bermain video yang mengujakan!

8. Dilengkapi empat kamera Leica


Fotografi dan videografi juga pastinya tidak mengecewakan.Peranti ini menggunakan reka bentuk kamera dua utama iaitu Kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.7 inci dan kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.54 yang saling melengkapkan satu sama lain.

Anda akan memperoleh gambar menakjubkan pada waktu malam selain berkemampuan merakam video.

9. Reka bentuk antena 'full-scene'

14 daripada 21 antenanya menyokong semua rangkaian 5G secara global.

Apabila berada di persekitaran sama, HUAWEI Mate30 Pro 5G, 50 peratus lebih pantas dengan penggunaan kuasa kurang berbanding telefon 5G lain.

Peganglah bagaimanapun HUAWEI Mate 30 Pro 5G, pengguna masih dapat menikmati sambungan isyarat 5G yang stabil.

10. Kepantasan muat turun 5G luar biasa


Dengan cip Kirin 990 5G, peranti ini, pengguna dapat memuat turun dengan 50 peratus lebih pantas dengan penggunaan bateri lebih rendah.

Ujian 5G di Langkawi mendapati kelajuan muat turun boleh sampai sehingga 1.8GBPS.

Jika anda ingin menikmati pengalaman 5G sebenar, HUAWEI Mate 30 Pro 5G pastinya pilihan terbaik! Anda boleh menjadi individu pertama memiliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G yang akan berada di pasaran dengan harga RM4,199 bermula 7 Februari ini.


Maxis, Celcom, Digi dan UMobile turut menawarkan pelan harga berpatutan dalam masa terdekat untuk menjadikan HUAWEI Mate 30 Pro 5G sebagai milik anda.

Beli HUAWEI Mate 30 Pro dan nikmati hadiah eksklusif bernilai RM537 termasuk pengecas HUAWEI di dalam kereta tanpa wayar dan HUAWEI turut sediakan tambahan satu tahun jaminan.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati HUAWEI Online Store

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 3:07 PM