Wartawan HM


KAWASAN Pudu dan sekitarnya belum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya hanya kawalan secara pentadbiran, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, penduduk di zon itu masih dibenarkan keluar untuk keluar masuk dan bergerak termasuk membeli keperluan sendiri.

"Berbeza dengan PKPD yang penduduknya tidak dibenarkan langsung keluar, mereka (di Pudu) masih lagi dibenarkan untuk keluar, beli makanan dan sebagainya.

SEBAHAGIAN warga asing yang tinggal di premis kediaman di sekitar Jalan Landak keluar untuk menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO Hairul Anuar Rahim.
SEBAHAGIAN warga asing yang tinggal di premis kediaman di sekitar Jalan Landak keluar untuk menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO Hairul Anuar Rahim.

"Kita buat kawalan pentadbiran sahaja untuk memastikan penduduk menjalani ujian saringan Covid-19," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Media hari ini melaporkan, kawasan Pudu dikawal ketat pihak berkuasa apabila lokasi dipasang pagar kawat duri dipercayai sejak tengah malam tadi.

Difahamkan, pemasangan pagar oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu membabitkan kawasan D'Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 2:46 PM