Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PULUHAN warga asing di Jalan Pudu dilihat dibawa menaiki dua bas untuk dipindahkan ke Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Bahasa Antarabangsa.

Difahamkan, operasi pemindahan mula dijalankan sejak jam 1.30 tengahari tadi menggunakan bas milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati, sebahagian besar warga asing berkenaan adalah warga Bangladesh.

Difahamkan, semua warga asing yang dipindahkan adalah kontak rapat individu yang positif Covid-19.

Semua mereka akan di kuarantin wajib di Pusat Kuarantin IPG Bahasa Antarabangsa di Bangsar.

Pemerhatian wartawan mendapati, operasi pemindahan semua warga asing berkenaan selesai 30 minit jam kemudian.

HANIS bersama dua anaknya.
HANIS bersama dua anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tahap keselamatan di Jalan Pudu yang dikenakan kawalan secara pentadbiran, terkawal.

"Setakat ini keadaan di kawasan berkenaan terkawal dan tiada sebarang penahanan dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Pemasangan pagar kawat duri dilakukan dari D'Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar, Jalan Pudu dan Jalan Landak oleh ATM dilakukan Jumaat lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Jalan Pasar Pudu tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya kawalan secara pentadbiran.

Katanya, walau bagaimanapun penduduk kawasan itu masih dibenarkan keluar memberi barangan keperluan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 3:52 PM