ANTARA premis dikendalikan warga asing dikenakan yang diarahkan ditutup. FOTO Ihsan DBKL
ANTARA premis dikendalikan warga asing dikenakan yang diarahkan ditutup. FOTO Ihsan DBKL
Muhaamad Hafis Nawawi


TUJUH premis dikendalikan warga asing dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta ini menerusi Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

DBKL dalam kenyataan di Facebooknya berkata, serbuan itu membabitkan tujuh lokasi di sekitar pekan Sungai Besi, Parlimen Bandar Tun Razak, Jalan Bedara, Parlimen Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Menurutnya, tujuh tindakan penguatkuasaan ini membabitkan empat premis kedai menjahit pakaian dikendalikan warga asing tanpa kebenaran sah dari DBKL dan tindakan penutupan premis serta-merta dilaksanakan.

"Manakala tiga premis perniagaan membabitkan kedai runcit dan barangan basah dikendalikan warga asing turut sama ditutup daripada beroperasi.

"Kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya bagi mengenal pasti aktiviti perniagaan yang sengaja disewakan kepada warga asing," katanya.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur standard operasi (SOP) DBKL mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 9:46 PM