Gambar hiasan
Gambar hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


MESEJ tular mendakwa enam kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kuala Selangor positif Covid-19 adalah tidak benar.

Ia dinafikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor, di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, PKD Selangor berkata, hanya individu diarahkan sahaja perlu hadir menjalani ujian saringan Covid-19.

"Mereka yang tidak mendapat arahan (hadir ujian saringan Covid-19) tidak perlu hadir.

"Bagi sesiapa yang pernah berurusan di Pasar Besar Selayang, anda perlu hadir menjalani ujian saringan seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 9:48 AM