Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling


SEBANYAK 19 laporan polis dibuat berhubung isu membabitkan pelarian Rohingya di negara ini semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis juga sudah membuka empat kertas siasatan berhubung perkara itu.

Ia susulan reaksi rakyat negara ini berhubung pelarian Rohingya yang dikatakan menuntut hak sama rata serta melakukan provokasi melampau beberapa hari lalu.

GAMBAR  hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 4,878 penuntut institusi pengajian tinggi akan bergerak pulang kediaman masing-masing malam esok.

Katanya, penuntut daripada zon yang sama akan bergerak pulang malam esok iaitu seramai 653 orang di zon utara.

"Begitu juga di zon timur, 1,165 orang, zon Sabah ke Sabah dan Labuan 2,164 dengan sebelas ke Labuan.

"Manakala zon Sarawak ke Sarawak seramai 833 orang. Itukah seterusnya yang saya akan maklumkan dalam sidang media nanti," katanya.


Menurutnya, seramai 790 penuntut daripada sembilan universiti yang dihantar pulang semalam sudah tiba di kampung halaman masing-masing.

Menurutnya, 88 penuntut daripada zon utara akan bergerak ke zon tengah malam ini menggunakan bas yang sudah disanitasi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 3:21 PM