LOKASI mangsa dilaporkan hilang. FOTO Ihsan APMM
LOKASI mangsa dilaporkan hilang. FOTO Ihsan APMM
Hamzah Osman


DUA nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan berhampiran Pulau Segantang di Langkawi, semalam.

Dalam kejadian 11.15 pagi, Zainol Salleh, 39, dan Mohd Isa Mohamad, 50 menaiki bot kelas B dengan nombor pendaftaran KF 2295.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya mengaktifkan operasi mencari menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian.

"Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) menerima maklumat daripada Balai Polis Kuala Kedah susulan laporan dibuat pemilik bot dikenali Tan Gee Kam.

"Kita mengaktifkan SAR membabitkan sektor carian seluas 202 batu nautika (374 kilometer)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulinda berkata, SAR menggunakan Bot Kilat 6 milik Maritim Malaysia, selain dibantu aset Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

"SAR hari pertama semalam ditangguhkan 7.30 malam sebelum disambung semula 7.30 pagi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 10:25 AM