ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri. FOTO arkib NSTP
ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad


ISU etnik Rohingya yang berhadapanpenindasan dan dikatakan menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat Malaysia perlu ditangani secara bijak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu etnik berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh.

Tanpa menyatakan sama ada masyarakat perlu membantu atau menolak, Zulkifli berkata, isu etnik minoriti itu tidak boleh difahami melalui satu naratif atau perspektif sahaja.

Menurut beliau, kepentingan dalam mengurus isu etnik yang ditindas itu memerlukan sikap kebijaksaan.

"Saya melihat isu ini lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia kerana ketika seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil seperti memerlukan kekangan yang cukup jelas," katanya ketika ditemubual media dan dikongsi di Facebook.

Pada 17 April lalu media melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mematahkan cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.

Kumpulan PATI itu dikesan menaikibotdi kedudukan 70 batu nautika, iaitu 129.6 kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi pada 10.26 pagi.

Atas dasar kemanusiaan, anak kapal KD Lekiu mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI itu sebelum mengiringi bot berkenaan keluar dari perairan negara.

Kejadian itu turut mengundang sentimen negatif masyarakat apabila ada segelintir pihak di media sosial membakar kebencian umum dengan mengaitkan insiden berlaku itu menimbulkan bahaya kononnya etnik Rohingya yang berada di Malaysia menuntut hak kerakyatan.

Zulkifli berkata, jika lihat apa yang berlaku ketika ini terdapat tempat yang dikuarantin begitu ketat ketika negara berhadapan penularan wabak Covid-19.

Menurut Zulkifli, langkah diadakan itu dilihat dan ditimbang dalam dua keadaan yang mungkin amat sukar, tetapi beliau yakin akan ada penyelesaian yang terbaik.

Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku ketika ini perlu difahami dan cukup mencabar di mana setiap kemasukan dari luar negara perlu dikuarantian dan seumpamanya.

"Umat Islam disaran menjadikan bulan Ramadan ini sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 11:03 AM