FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Hazsyah Abdul Rahman


TIDAK boleh berbincang di rumah kerana ramai ahli keluarga lain.

Itu alasan diberikan pasangan suami isteri yang ditahan polis ketika 'bermesyuarat' dalam kereta di sekitar Lahad Datu selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain pasangan itu, polis turut menahan 10 lagi suspek yang ingkar PKP di daerah berkenaan berusia antara 19 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, semua 12 tangkapan itu direkodkan pihaknya sejak 22 April hingga jam 8 pagi tadi.

"Pelbagai alasan diberikan mereka seperti pasangan berkenaan yang ditahan ketika berada dalam kenderaan.

"Pasangan itu memberikan alasan berbincang masalah rumah tangga dan di rumah mereka tidak dapat berbincang kerana ramai keluarga lain.

"Dalam pada itu, ada juga yang ditahan kerana minum arak di kawasan umum, membeli rokok dan menghadiri jamuan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 3) 2020.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 6:08 PM