SYARIKAT WDG sumbang 1 juta penutup mulut dan hidung.
SYARIKAT WDG sumbang 1 juta penutup mulut dan hidung.
Yusmizal Dolah Aling


SYARIKAT pengurusan dana dan pelaburan Winner Dynasty Group Sdn Bhd (WDG) akan menyumbangkan 1 juta penutup mulut dan hidung kepada petugas media dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan kesihatan mereka terjaga ketika menjalankan tugas.

Unit Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan berkata, peruntukan kali ini dikhaskan kepada warga kerja media melalui organisasi media dipilih kerana sumbangan besar kepada masyarakat.

Katanya, sumbangan akan diagihkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa kepada petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang giat menjalankan sanitasi atau nyah kuman di kawasan awam.

“WDG bertekad membantu kerajaan bersama pada bila-bila masa membasmi pandemik yang melanda seluruh dunia.

“Sumbangan fasa kedua ini akan dilaksanakan dengan kadar segera kerana pihak barisan hadapan seperti warga media sangat memerlukannya,” katanya.

Menurutnya sebelum wabak Covid-19, diiktiraf sebagai pandemik Pertubuhan Kesihatan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO), WDG atas semangat setia kawan dan rakan perniagaan sekian lama terlebih dahulu membantu menyumbang penutup hidung dan mulut lebih 1 juta unit yang diedarkan di 31 wilayah dan bandar di China.

Ia meliputi bandar seperti Wuhan, Beijing, Szechuan, Tianjiang, Shanghai, Hunan, Xinjiang, Yunnan, Guizhou, Guangxi, Gansu, Hubei, Shandong, Zheijang, LionNing dan Jiangsi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 1:21 PM