GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


PENGHANTAR barangan dan makanan ditahan bersama satu peket dadah dipercayai methamphetamine seberat 1.6 gram di sekatan jalan raya di Salak Selatan, Cheras, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan 9.50 pagi ketika dia memandu kereta melalui kawasan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui satu beg kertas mengandungi sekeping sampul surat yang diletakkan di dalam sebuah kotak.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu peket dipercayai dadah jenis methamphetamine seberat 1.6 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mokhsein berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, pihak polis akan bertindak tegas ke atas mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak berkompromi dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan terbabit dalam kegiatan menyalahi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-92845050/5051 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 9:01 PM