PETUGAS Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan proses dan kerja nyah cemar serta sanitasi di kawasan tumpuan orang awam di sekitar bandar Kuantan bagi mencegah penularan wabak Covid-19, kelmarin. FOTO Farizul Hafiz Awang
PETUGAS Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan proses dan kerja nyah cemar serta sanitasi di kawasan tumpuan orang awam di sekitar bandar Kuantan bagi mencegah penularan wabak Covid-19, kelmarin. FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohd Rafi Mamat


KERAJAAN Pahang tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jika penularan wabak Covid-19 semakin serius di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini Kuantan dan Jerantut sudah diisytiharkan sebagai zon merah membabitkan kes Covid-19.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri hanya boleh memberi cadangan namun keputusan hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sehingga saat ini kita akan fikir dan tengok macam mana keadaan semasa. Kalau keadaan menjadi lebih serius tidak mustahil kerajaan negeri akan cadangkan untuk laksanakan PKPD.

“PKPD hanya perlu dilaksanakan sekiranya keadaan menjadi serius. Ia dilakukan demi keselamatan dan kesihatan rakyat supaya sentiasa berada di rumah seterusnya dapat memutuskan rangkaian virus Covid-19,” katanya, ditemui di Kuanta, semalam.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penyenaraian dua daerah terbaru di Pahang sebagai zon merah selepas merekodkan 43 kes positif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya Jerantut kini masih tersenarai sebagai daerah tertinggi kes positif pendamik berkenaan

di Pahang dengan 61 kes diikuti Kuantan (43 kes), Pekan (23), Bentong (11).

Wan Rosdy berkata, jumlah pesakit Covid-19 di Pahang kini adalah 183 orang dengan satu kematian direkodkan di daerah Kuantan.

“Saya berharap rakyat dapat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jangan keluar rumah dan ruang masa yang ada lakukan aktiviti berfaedah bersama ahli keluarga yang tersayang.

“Kita perlu banyak bersabar sepanjang PKP ini dan sentiasa berdoa supaya wabak Covid-19 dapat segera terputus rangkaianya,” katanya yang yakin usaha menyekat penularan pendamik berkenaan akan berkesan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 10:32 AM