GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Abd Hamid


KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan tiga lagi berita palsu yang tular serta menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat pengguna media sosial.

Pertaman, Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan ‘non-essentials’ mulai 27 Mac 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

“Pihak Hospital Segamat, Johor pula menafikan dakwaan mengenai penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 walaupun sudah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit bukan Covid-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menafikan dakwaan posting (status siaran) berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang sudah meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya.

KKMM berkata demikian dalam siaran media, hari ini, berkaitan penafian mengenai beberapa berita yang tular di media sosial.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 11:17 AM