FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor, Asisten Komisioner Polis Mohd Zaid Hassan menafikan dakwaan kononnya punca kematian anggotanya yang bertugas di BSPTD Kajang adalah akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pihaknya masih menunggu hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang.

Orang ramai disaran tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 9:08 PM