PASAR Siti Khadijah lengang selepas penyebaran mesej di aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
PASAR Siti Khadijah lengang selepas penyebaran mesej di aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
BERNAMA

Kuala Lumpur: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat 10 malam ini.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Kelantan menafikan dakwaan nota suara yang kononnya Pasar Siti Khadijah ditutup berikutan jangkitan Covid-19 serta kematian dalam kalangan peniaga seperti yang tular di media sosial.

MPKB-BRI berkata tiada sebarang arahan bagi penutupan operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah diterima daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu sedemikian yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi kementerian/ jabatan/ agensi yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 11:25 PM