BANGUNAN Hospital Raja Perempuan Zainab II. FOTO Fathil Asri.
BANGUNAN Hospital Raja Perempuan Zainab II. FOTO Fathil Asri.
Siti Rohana Idris


JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan menafikan berita kematian seorang pakar Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu akibat jangkitan Covid-19 seperti ditularkan.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Husin dalam kenyataan, hari ini, berkata dakwaan perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi hospital itu lumpuh dan diisytiharkan ‘Red Flag’ juga tidak benar.

“Perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi HRPZ II masih beroperasi selaras arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jaringan Covid-19.

“Keutamaan perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi ditumpukan kepada ICU dan pembedahan kecemasan,” katanya

Menurutnya, semua pakar dan doktor Jabatan Anestesiologi hospital terbabit yang merawat pesakit Covid-19 dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk ‘Powered air-purifying respirator’ (PAPR) yang baharu dan berfungsi.

Katanya, mereka juga mendapat latihan penggunaan PPE dan PAPR secukupnya.

“Pada masa sama, HRPZ II berkolaborasi bersama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi melicinkan pengurusan klinikal pesakit yang memerlukan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 6:17 PM