GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Melvin Joni


SERAMAI 1,217 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak tidak dibenarkan pulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, semua pelajar dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu kini

ditempatkan di asrama kampus.

“Mereka tidak dibenarkan balik, kita patuh pada arahan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

“Mereka disediakan makanan percuma tiga kali sehari,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau menambah jumlah pelajar yang masih berada di kampus itu adalah yang terbesar dalam sistem UiTM dibandingkan dengan kampus lain.

Katanya, pelajar terbabit adalah dari kampus Samarahan dan Mukah.

“Alhamdulilah ramai pelajar dan ibu bapa faham keperluan PKP,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 4:39 PM