SULAIMAN. FOTO Amir Mamat
SULAIMAN. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


KERAJAAN Melaka mengumumkan lapan insentif khas pandemik koronavirus baharu (Covid-19) untuk rakyat di Melaka yang berkuat kuasa, bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, dalam satu kenyataan memaklumkan, insentif berkenaan membabitkan perbelanjaan RM 6.53 juta.

Beliau berkata, insentif itu membabitkan peruntukan khas kepada petugas bari hadapan kesihatan yang menjalankan tugas merawat serta mengawal wabak itu daripada menular.

Selain itu, katanya, insentif untuk penjaja dan peniaga kecil turut disediakan.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menangguhkan bayaran denda lewat cukai tanah, bayaran denda lewat cuai petak dan strata serta bayaran pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).

“Pada masa sama, kita juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran sewaan rumah, bayaran bil air (Mac dan April) serta menangguhkan bayaran bil air untuk bulan ini,” katanya.

Beliau turut mengesahkan, insentif khas akan diberikan kepada penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya, pengumuman insentif ini dapat melegakan dan membantu masyarakat negeri ini ketika berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 11:29 PM