Balqis Jazimah Zahari

PERSIDANGAN Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2020) di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh pada Isnin depan ditangguhkan susulan wabak Covid-19.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat pihak berkuasa dengan mengambil kira aspek keselamatan kesihatan.

“Pihak berkuasa menasihatkan kami selaku penganjur untuk menangguhkan program ini atas aspek kesihatan kerana peserta yang akan datang nanti daripada pelbagai negara.

“Dengan berat hati, kami membuat keputusan untuk menangguhkan WCIT kali ini yang sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media di pejabat RTM Perak, Ipoh, hari ini.

TAN Sri Dr Nordin Kardi (dua kanan) berbual dengan kakitangan selepas mengadakan sidang media berhubung penangguhan program Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2020) susulan isu COVID-19 di RTM Perak. FOTO Balqis Jazimah Zahari

Katanya, ia dijangka diadakan semula pada September depan, namun bergantung kepada keadaan semasa membabitkan wabak Covid-19

“Insya-Allah rancangan kami dalam sekitar hujung tahun akan diadakan semula. Kita akan meneliti semula dan memantau keadaan persekitaran,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 3:22 PM