GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Melvin Joni


DUA pelajar dari Vietnam dan Pakistan antara 22 Kes Yang Disyaki (PUI) Covid-19 di Sarawak yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Daripada jumlah kes berkenaan, 15 adalah di Hospital Umum Sarawak (HUS), enam di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu.

“Setakat jam 10.30 pagi hari ini, 10 lagi PUI direkodkan di HUS,” kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah Sarawak kini merekodkan sejumlah 158 kes PUI dengan 136 daripadanya diuji negatif.

Semalam katanya, Jabatan Kesihatan mengimbas seramai 15,590 orang yang tiba di negeri ini menerusi lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 7:15 PM