INDIVIDU yang ditahan dalam serbuan Op Dadu semalam. FOTO Ihsan Polis.
INDIVIDU yang ditahan dalam serbuan Op Dadu semalam. FOTO Ihsan Polis.
Zuhainy Zulkiffli


POLIS menahan tujuh individu disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian di sebuah pondok berhampiran padang awam dalam operasi di Telok Ayer Tawar, Butterworth, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) hasil risikan berdasarkan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah SPU Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan dalam serbuan pada 9 malam menerusi Op Dadu itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 66 tahun kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian tanpa lesen.

“Turut dirampas ialah 76 keping cip pelbagai warna, enam kerusi, dua mahjong, dua dadu, meja dan sejumlah wang tunai,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 4:11 PM