NOTIS penutupan yang dikeluarkan MAPS. FOTO Balqis Jazimah Zahari.
NOTIS penutupan yang dikeluarkan MAPS. FOTO Balqis Jazimah Zahari.
Balqis Jazimah Zahari


PERAK Corporation Bhd (PCB) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar berhubung penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Menurut sumber, taman tema itu adalah di bawah The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) dan kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pihak PCB.

“Saya kena ikut dia (ATP) punya prosedur.

“Apa-apa pun kita kena tunggu kenyataan media yang akan dikeluarkan oleh PCB, Insya Allah mereka akan keluarkan kenyataan sama ada hari ini atau esok,” katanya.

Secara keseluruhan terdapat 265 pekerja di taman tema itu membabitkan lima hingga enam bahagian.

Sementara itu, seorang bekas pekerja MAPS yang ditemui berkata, dia sudah dimaklumkan mengenai pemberhentian pekerja sejak seminggu lalu sebelum notis dikeluarkan hari ini.

“Kami semua pekerja sudah tahu seminggu lalu, tetapi secara rasminya MAPS ditutup mulai hari ini.

“Pihak MAPS juga sudah membuat pengumuman kepada pengunjung yang datang ke sini semalam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 7:33 PM