ROKOK seludup ditemui di belakang kenderaan. FOTO Jabatan Hutan Sabah
ROKOK seludup ditemui di belakang kenderaan. FOTO Jabatan Hutan Sabah
Hazsyah Abdul Rahman


JABATAN Perhutanan Sabah (JPS) menahan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia selepas terbabit kegiatan penyeludupan rokok dalam pemeriksaan di tepi jalan raya berdekatan Hutan Simpan Paitan di Beluran, semalam.

Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 11.30 malam bersama rampasan 12,800 batang rokok.

Ketua Konservator Hutan JPS, Datuk Mashor Jaini berkata, suspek terbabit ditahan sembilan anggota Penguat Kuasa Khas (Protect) JPS ketika menjalankan operasi Cegah pemburu haram di kawasan berkenaan.

Menurutnya, anggota bertugas menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Revo dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang yang mencurigakan di lokasi.

“Sebaik diperiksa, anggota Protect menjumpai beberapa kotak berisi karton rokok yang ditutup dengan kain kanvas di bahagian belakang kenderaan itu yang dipercayai rosok seludup.

“Rokok yang dirampas dianggarkan batang dan bernilai RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek berkenaan kemudiannya ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 3:41 PM